Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Selasa, 18 Oktober 2011

Mencintai seseorang...Cintai dalam diam

Kalau kita sukakan seseorang jangan beritahu dia. Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya tapi luahkan pada Allah, beritahulah pada Allah. Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita. Cintai dia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhanaan dan keikhlasan. Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya pada ALLAH.

"Dan segala sesuatu KAMI ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingati kebesaran ALLAH." (Adz Dzariyat:49)

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah dan berpuasalah.

"Dan janganlah kamu menghampiri zina  sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk." (Al Israa:32)

Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang, ALLAH S.W.T mempunyai CINTA dan KASIH yang lebih besar dari segalanya dan DIA telah menciptakan seseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak. Ketika kau merasakan bahawa kau mencintai seseorang namun kau tahu cintamu tak berbalas Allah S.W.T tahu apa yang ada di depanmu dan DIA sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu.

Cukup cintai dalam diam bukan kerana membenci hadirnya tetapi menjaga kesuciannya bukan kerana menghindari dunia tetapi meraih syurgaNYA bukan kerana lemah untuk menghadapinya tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup. Cukup cintai dari kejauhan kerana hadirmu tiada akan mampu menjauhkan dari ujian kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga. Cukup cinta dengan kesederhanaan, memupuknya hanya akan menambah penderitaan menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan. Cintailah dengan keikhlasan kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Abi Talib diingini oleh hati tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salma Al Farisi...?

"Boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui." (Al Baqarah:216)

Jangan memberi harapan pada yang belum pasti, kelak ada insan yang bakal dilukai jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki nanti ada hati  yang kecewa sendiri sebaliknya bergantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi nescaya dirimu tidak sekali-kali dizalimi kerana DIA mendengar pengharapanmu setiap kali dan DIA menunaikannya dengan caraNYA yang tersendiri. Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhanaan dan keikhlasan kerana tiada yang tahu rencana ALLAH mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan. Serahkan rasa itu pada Yang Maha Memberi dan Memilikinya biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya.

"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain pasti kehormatan dirinya akan terjaga". (Umar Bin Khattab)

" Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah, membenci kerana Allah dan menikah kerana Allah maka bererti ia telah sempurna imannya." (HR. Al-Hakim)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...